Friday, December 17, 2010

Assalamualaikum...

Aku melihat langit begitu cantik bila waktu senja, memberi petanda sudah tiba waktu magrib. Melihat burung terbang kembali ke sarang. Namun masih kelihatan manusia yang lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada pencipta.  Seakan-akan lupa ibadat wajib sebagai manusia....

Burung pun tau jalan balik ke sarang. tak kan la kita manusia boleh lupa jalan balik rumah. Kalau nak berjalan kemana-mana singgah la solat magrib dulu. Tak kan habis minyak kalau singgah kat surau atau kat masjid. 

Burung kelihatan bebas terbang di angkasa dengan perkasa tanpa ada yang menghalang....
Ini semua kelebihan setiap mahluk yang di kurniakan Allah... hebat bukan ...

"Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang di mudahkan terbang di angkasa lepas. Tidak ada yang menahannya selain dari Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang beiman."
                                                                                                           ( Surah al-Nahl: 79)


Burung yang bebas terbang adalah ciptaan ALLAH yang sangat kompleks sehingga menakjubkan para saintis.

 Antara keunikan burung yang dikurniakan Allah:
  • Tulang burung sangat ringan tetapi kukuh kerana bahagian dalam tulangnya kosong. 
  • Sayap burung dijadikan dalam bentuk aerodinamik yang membantunnya untuk terbang dengan baik.
  • Paru-paru burung sangat unik kerana ia menyedut dan menghembus udara melalui saluran berbeza.
  • Bulunya dibentuk protien yang dinamakan keratin. Bahan yang keras dan tahan lasak ini terbentuk daripada sel-sel lama yang meninggalkan sumber zat dan udara untuk mati dan menghasilkan sel-sel baru. 
  • Burung membersihkan bulunya mengunakan minyak yang keluar daripada kelenjar minyak di ekornya. ini menjadikan bulu burung kemas, berkilat dan licin serta kalis air. 
  • Semua burung yang terbang mempunyai tulang dada (sternum) yang sangat kuat untuk menyokong otot-otot sayap.    
                                                                                                    (sumber dipetik dari majalah solusi isu3)
                                                              

 sebarang kesilapan harap dimaafkan dan maklumat harap boleh dikongsi bersama, kongsi ilmu anda....

                                                                                                                                        love life....

Thursday, December 16, 2010

jom shopping........

       Bila hujung tahun ini banyak betulah jualan murah. SALE! SALE!. Potongan sampai 90%. sebab nak habiskan stok tahunan. Mesti kena beli rak kasut baru, almari baju baru. sebab stok baru kita pulak nak masuk... 

      Bagi orang perempuan. time nie lah masa utk menambahkan stok pakaian, kasut, beg, dan yang sekutu dengannya...


     Bagi yang ada boyfriend. Time nie utk membuktikan cinta sejati dgn temankan girlfriend shopping dan sekali gus membayar segala ape yg dibelinya...adeh! mesti licin duit korang. Bagi yang mampu, tak ape lah istana kayangan boleh dibeli, jambatan emas boleh dibina. Dah mcm puteri gunung ledang pulak ye ... 

     Sebenarnya tak salah kalau nak shopping. Tapi jangan la sampai level membazir. Takut nanti susah kemudian hari...

     '
" Dan janganlah membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu adalah mahluk yang sangat kufur kepada Tuhan"

    
Rasulullah sendiri sentiasa mengamalkan konsep bersederhana dan sangat mengutamakan jimat cermat. Rasulullah bersabda dalam hadis riwayat Muslim yang bermaksud:
 

 " Sesungguhnya berjayalah orang yang memasuki agama Islam dan rezekinya mencukupi, dan dia reda dengan apa yang dikurniakan Allah."



    Suatu ketika Abu Zar al-Ghifari menegur Muawiyah yang telah membina sebuah istana yang terlalu besar. Katanya, " Sekiranya anda bina istana ini dengan menggunakan wang rakyat. sesungguhnya perbuatan itu satu kezaliman. Jika menggunakan harta bapamu, itu adalah suatu pembaziran." 
                                                                                                               (love life )

Wednesday, December 15, 2010

blog oh blog

Hari ini along tolong buat blog. mestilah mengikut citarasa aku....masa dia buat satu haram  aku tak faham. banyak betul cording dan prosesnya...Aku tgk pun dah pening lalat. kalau aku agaknya dah cari bantal dan pejam mata habis citer.

    Tapi along usaha betul, macam satu kepuasan bagi diri dia bila dapat menyiapkan blog aku nie. walaupun apa yang aku nk agak pelik sikit. yelah... banyak betul benda alah aku nak. dgn muzik. gambar. tamplet. dan yang sekutu dgnnya...

       Aku ada chat dgn seorg hamba Allah nie...dia tnya aku mcm mana nk wat blog. aku cakap je lah ape yang aku tau. yang asasnya. kalau yang lain mcm nk masukan lagu cari tempelet dgn selamba aku jawab " kakak tolong buat, saya masukan isi dan ape yang nk sy tulis" 
                                   

                                              
     love my sis............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...