Friday, December 17, 2010

Assalamualaikum...

Aku melihat langit begitu cantik bila waktu senja, memberi petanda sudah tiba waktu magrib. Melihat burung terbang kembali ke sarang. Namun masih kelihatan manusia yang lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada pencipta.  Seakan-akan lupa ibadat wajib sebagai manusia....

Burung pun tau jalan balik ke sarang. tak kan la kita manusia boleh lupa jalan balik rumah. Kalau nak berjalan kemana-mana singgah la solat magrib dulu. Tak kan habis minyak kalau singgah kat surau atau kat masjid. 

Burung kelihatan bebas terbang di angkasa dengan perkasa tanpa ada yang menghalang....
Ini semua kelebihan setiap mahluk yang di kurniakan Allah... hebat bukan ...

"Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang di mudahkan terbang di angkasa lepas. Tidak ada yang menahannya selain dari Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang beiman."
                                                                                                           ( Surah al-Nahl: 79)


Burung yang bebas terbang adalah ciptaan ALLAH yang sangat kompleks sehingga menakjubkan para saintis.

 Antara keunikan burung yang dikurniakan Allah:
  • Tulang burung sangat ringan tetapi kukuh kerana bahagian dalam tulangnya kosong. 
  • Sayap burung dijadikan dalam bentuk aerodinamik yang membantunnya untuk terbang dengan baik.
  • Paru-paru burung sangat unik kerana ia menyedut dan menghembus udara melalui saluran berbeza.
  • Bulunya dibentuk protien yang dinamakan keratin. Bahan yang keras dan tahan lasak ini terbentuk daripada sel-sel lama yang meninggalkan sumber zat dan udara untuk mati dan menghasilkan sel-sel baru. 
  • Burung membersihkan bulunya mengunakan minyak yang keluar daripada kelenjar minyak di ekornya. ini menjadikan bulu burung kemas, berkilat dan licin serta kalis air. 
  • Semua burung yang terbang mempunyai tulang dada (sternum) yang sangat kuat untuk menyokong otot-otot sayap.    
                                                                                                    (sumber dipetik dari majalah solusi isu3)
                                                              

 sebarang kesilapan harap dimaafkan dan maklumat harap boleh dikongsi bersama, kongsi ilmu anda....

                                                                                                                                        love life....

Thursday, December 16, 2010

jom shopping........

       Bila hujung tahun ini banyak betulah jualan murah. SALE! SALE!. Potongan sampai 90%. sebab nak habiskan stok tahunan. Mesti kena beli rak kasut baru, almari baju baru. sebab stok baru kita pulak nak masuk... 

      Bagi orang perempuan. time nie lah masa utk menambahkan stok pakaian, kasut, beg, dan yang sekutu dengannya...


     Bagi yang ada boyfriend. Time nie utk membuktikan cinta sejati dgn temankan girlfriend shopping dan sekali gus membayar segala ape yg dibelinya...adeh! mesti licin duit korang. Bagi yang mampu, tak ape lah istana kayangan boleh dibeli, jambatan emas boleh dibina. Dah mcm puteri gunung ledang pulak ye ... 

     Sebenarnya tak salah kalau nak shopping. Tapi jangan la sampai level membazir. Takut nanti susah kemudian hari...

     '
" Dan janganlah membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu adalah mahluk yang sangat kufur kepada Tuhan"

    
Rasulullah sendiri sentiasa mengamalkan konsep bersederhana dan sangat mengutamakan jimat cermat. Rasulullah bersabda dalam hadis riwayat Muslim yang bermaksud:
 

 " Sesungguhnya berjayalah orang yang memasuki agama Islam dan rezekinya mencukupi, dan dia reda dengan apa yang dikurniakan Allah."



    Suatu ketika Abu Zar al-Ghifari menegur Muawiyah yang telah membina sebuah istana yang terlalu besar. Katanya, " Sekiranya anda bina istana ini dengan menggunakan wang rakyat. sesungguhnya perbuatan itu satu kezaliman. Jika menggunakan harta bapamu, itu adalah suatu pembaziran." 
                                                                                                               (love life )

Wednesday, December 15, 2010

blog oh blog

Hari ini along tolong buat blog. mestilah mengikut citarasa aku....masa dia buat satu haram  aku tak faham. banyak betul cording dan prosesnya...Aku tgk pun dah pening lalat. kalau aku agaknya dah cari bantal dan pejam mata habis citer.

    Tapi along usaha betul, macam satu kepuasan bagi diri dia bila dapat menyiapkan blog aku nie. walaupun apa yang aku nk agak pelik sikit. yelah... banyak betul benda alah aku nak. dgn muzik. gambar. tamplet. dan yang sekutu dgnnya...

       Aku ada chat dgn seorg hamba Allah nie...dia tnya aku mcm mana nk wat blog. aku cakap je lah ape yang aku tau. yang asasnya. kalau yang lain mcm nk masukan lagu cari tempelet dgn selamba aku jawab " kakak tolong buat, saya masukan isi dan ape yang nk sy tulis" 
                                   

                                              
     love my sis............

sms... SURAH AL-FATIHAN...

    Kita boleh jawab sms dgn cepat dan mudah ... Bila ada orang bagi sms, cepat je kita reply... smpi saya lihat ada org jwb sms,  mata tgk arah lain, tangan cepat je tekan hp utk jwb sms. bila sy tanya "betul ke ape yang ko taip tu?" jawapan bernas sy dapat. " aku dah hafal suma butang nye"... yg drive ada gak yg berani jwn sms. hebat betul zaman sekarang.. 
    
          Sebenarnya bila kita boleh boleh sms dengan ALLAH ketika solat... dari surah al-Fatihah. lagi mudah. tak perlu hp. tak perlu membazirkan to pup...  cuma guna mulut dan hati...

                  Rasulullah  s.a.w pernah meriwayatkan bahawa Allah berfirman yang bermaksud. "Aku behagikan solat antara umat ku kepada separuh, dan separuh bagi hamba-Ku apa yang di pintanya...." 
                          
                                 Hamba: Segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam. 
                                 Khalik:  Hamba-Ku telah mengingat-Ku.  
                                
                                 Hamba: Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
                                 Khalik:  Hamba ku telah memuji-Ku.  
                                
                                  Hamba: Yang menguasai hari pembalasan.
                                  Khalik : Hamba -Ku telah mengagungkan Aku. 
                                
                                  Hamba: Hanya kapada Engkaulah yang kami sembah. dan hanya kepada Engkaulah 
                                               kami meminta pertolongan.
                                 Khalik Hamba-Ku memuliakan telah memuliakan-Ku 

                                Hamba: Tunjukanlah kami jalan yang lurus.
                                Khalik : Ayat ini antara Aku dan hamba-Ku. dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia 
                                             minta. 

                              Hamba: (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan)
                                           mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
                              Khalik: Ini semua untuk Hamba-Ku dan hamba-KU berhak atas apa yang dia minta.  

                                                                                       (Hadis riwayat Muslima, al-Tirmizi dan al-Nasa`i)

               
                                                                                                       love live ...............

                                                         

                               

Tuesday, December 14, 2010

kubah permata putih...

   Dikisah kan, N abi Sulaiman a.s sedang berkelana hingga tiba di suatu lautan yang bergelombang besar. Baginda memerintahkan angin agar tenang supaya tenanglah pula samudera. Kemudian Nabi Sulaiaman memerintahkan jin ifrit menyelam ke dasarnya.
   Didasar samudera, jin ifrit melihat sebuah kubah daripada permata putih. kubah itu diangkatnya ke atas dan di tunjukannya kepada Nabi Sulaiaman. Melihat kubah penuh dengan permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi begitu hairan. "kubah apakah ini.?" fikirnya, Dengan memohon kepada Allah, Nabi Sulaiman a.s membuka penutup kubah tersebut. Betapa terkejutnye baginda melihatseorang pemudaberada didalamnya. 
    "siapakah engkau ini?, kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan.
    " Aku manusia." jawab pemuda itu.
     "Bagaimana engkau memperoleh kemulian seperti ini?".
Diceritakan ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya. Dialah yang memapah dan menggendongnya kemana sahaja dia pergi. Demi bakti si anak, ibunya selalu mendoakannya. Antara doanya adalah supaya anaknya diberi rezeki dan semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tiada didunia dan tiada di langit.  
        Sambung pemuda itu. " setelah ibuku wafat aku bersiar ditepi pantai. Aku melihat sebuah kubah diperbuat daripada permata ini. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu dan aku masuk ke dalamny."
         Begitulah kehebatan pahala bagi orang yang berbakti kepada ibu.  
                                                                                                           (dipetik dari majalah solusi isu no22.)

                                                              

Monday, December 13, 2010

selsema .....

assalamulaikum...love my life.

Hari nie aku selsema... adeh. sampai poning kepala aku. setahu aku kesakitan yang adalah penghapus dosa.aku harap macam tue lah...

Aku masih igt lagi zaman kanak- kanak aku, aku boleh bersin kat sekor kucing, tak sampai 10 minit kucing tue boleh lak kena selsema, terus terbersin-bersin kucing tue. kuat betul virus selsema aku nie, kesian kucing tue. aku harap kucing tu maaf kan lah aku.

semalam kucing aku bersin. hari nie aku lak yang selsema, jangan la aku berjangkit selsema dgn kucing..
                                                                               

love.....

cinta hanya kiasan sajak. cinta hnya pelaris filem. cinta hnya dongeng  dalam novel. cinta adalh kebodohan manusia yang tidak mahu terima kenyataan bahawa ia sebenarnya tidak wujud. hakikatnya cinta hnya kekeliruan dalam pemikiran manusia, ketakutan utk hidup sendiri atau pun rembesan hormon yang melahirkan daya tarikan sementara.....................
 ayat aku ambil dari sebuah novel. tp aku lupa ape tajuknya. betul ke. ayat tue...aku tak de pengalaman jd tak berapa nk pandai bab nie, cuma yang aku tau cinta aku hnya milik ALLAH... bila aku cinta kan ALLAH, baru lah aku boleh cinta mak dan ayah aku...sbb aku kenal penciptanya baru lah aku layak cinta ape yang di cipta kan NYA...

Saturday, December 11, 2010

resume ...

guna resume dari akak aku ...pas tue adit ...huhhuhu...level malas... tuka nama. kelulusan . senang citer tukar la ape yg patut... pas tu siap ... siap perli resume aku lak tue ...hampeh ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...