Aku melihat langit begitu cantik bila waktu senja, memberi petanda sudah tiba waktu magrib. Melihat burung terbang kembali ke sarang. Namun masih kelihatan manusia yang lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada pencipta. Seakan-akan lupa ibadat wajib sebagai manusia....
Burung pun tau jalan balik ke sarang. tak kan la kita manusia boleh lupa jalan balik rumah. Kalau nak berjalan kemana-mana singgah la solat magrib dulu. Tak kan habis minyak kalau singgah kat surau atau kat masjid.
Burung kelihatan bebas terbang di angkasa dengan perkasa tanpa ada yang menghalang....
Ini semua kelebihan setiap mahluk yang di kurniakan Allah... hebat bukan ...
"Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang di mudahkan terbang di angkasa lepas. Tidak ada yang menahannya selain dari Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang beiman."
( Surah al-Nahl: 79)
Burung yang bebas terbang adalah ciptaan ALLAH yang sangat kompleks sehingga menakjubkan para saintis.
Antara keunikan burung yang dikurniakan Allah:
- Tulang burung sangat ringan tetapi kukuh kerana bahagian dalam tulangnya kosong.
- Sayap burung dijadikan dalam bentuk aerodinamik yang membantunnya untuk terbang dengan baik.
- Paru-paru burung sangat unik kerana ia menyedut dan menghembus udara melalui saluran berbeza.
- Bulunya dibentuk protien yang dinamakan keratin. Bahan yang keras dan tahan lasak ini terbentuk daripada sel-sel lama yang meninggalkan sumber zat dan udara untuk mati dan menghasilkan sel-sel baru.
- Burung membersihkan bulunya mengunakan minyak yang keluar daripada kelenjar minyak di ekornya. ini menjadikan bulu burung kemas, berkilat dan licin serta kalis air.
- Semua burung yang terbang mempunyai tulang dada (sternum) yang sangat kuat untuk menyokong otot-otot sayap.
sebarang kesilapan harap dimaafkan dan maklumat harap boleh dikongsi bersama, kongsi ilmu anda....
love life....






