Assalamualaikum......
Aku ada pinjam buku dari seorang kenalan. Buku yang tiada kulit, kelihatan lusuh, sehingga aku tidak tahu tajuk buku tesebut. tiada apa yang kelihatan menarik. Tapi bagi aku semakin buruk buku tersebut semakin bernilai pada mata aku.
Disini akan aku coretkan sedikit cerita dipetik dari buku tersebut semoga jadi pengajaran kita bersama.
Penyertaan Ummu Ziad bersama beberapa orang wanita dalam peperangan Khaibar.
Sememangnya menjadi kegemaran kaum lelaki pada zaman Rasulullah untuk mengambil bahagian dalam jihat. Wanita-wanita tidak ketinggalan dalam perkara ini. Mereka hanya menunggu peluang untuk berjihat dan pastinya mereka akan hadir.
Ummu Ziad berkata, " Kami 6 orang wanita telah pergi untuk menganbil bahagian dalam jihat semasa peperangan Khaibar. Apabila Rasulullah mendapat berita mengenai kehadiran kami. Baginda telah memanggil kami. Wajah Baginda didapati dalam keadaan marah. Baginda bertanya, "Dengan keizinan siapakah kamu datang ke mari dan dengan siapa kamu datnag ke mari?"
Kami berkata. "Wahai Rasulullah, kami pandai menenun dan kebolehan ini ialah satu kepetluan jihad. Kami juga ada bekalan ubat-ubatan untuk luka-luka. Jika tidak pun kami dapat membantu mujahidin dengan membekalkan anak-anak panah. Kami dapat merawat orang-orang sakit serta dapat menyediakan sagun (tepung gandum atau barli yang digoreng) dan makanan serta minuman yang lain kepada mereka. " Lalu Rasulullah membenarkan kami untuk terus berada di situ."